KES KEMANUSIAAN KECEMASAN ABDULRAHMAN
KES KEMANUSIAAN KECEMASAN 
ABDULRAHMAN | 5 TAHUN SYRIA

{Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya}.
[Surah Al-Maidah :32]



Malang tidak berbau. Itulah perumpamaan yang menggambarkan keadaan kanak-kanak Syria ini. 


Abdul Rahman, berumur 5 tahun telah mengalami kecederaan teruk akibat terlibat dengan satu kemalangan. 


Disebabkan itu, tengkorak kepalanya telah retak akibat hentakan yang sangat kuat. Sejak daripada itu, Abdul Rahman terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat.




Dia perlukan pembedahan segera untuk merawat kecederaan di kepalanya itu tetapi kos yang diperlukan adalah sangat besar bagi keluarganya yang hanya tinggal di dalam khemah pelarian sahaja.


Kini, Abdul Rahman hanya bergantung kepada rawatan asas dan jika tidak dirawat segera dikhuatiri akan membawa kepada kesan yang lebih negatif terutamanya kepada bahagian otaknya.


Perjalanan hidupnya masih panjang. Hanya kerana satu kecederaan teruk, harapan Abdul Rahman untuk hidup seperti kanak-kanak mungkin tidak kesampaian.



Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”


Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM4,600.

 

Mari semua, kita tunjukkan rasa ihsan kita buat adik Abdul Rahman. Semoga dengan usaha dan sumbangan kita, Abdul Rahman mampu sembuh dan pulih semula. Aamiin.

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM

PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA

No. Akaun: 07043011061809

Ref : Abdul Rahman


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di kes@peduliinsan.org


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej Ihsan - RM25
Pakej Persaudaraan - RM50
Pakej Kasih Sayang - RM100
Pakej Prihatin - RM250
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA (PPM-028-10-29082018)
Kes@peduliinsan.org
Pertanyaan?