
Malang tak berbau buat Sadeel, 9 tahun apabila rumah keluarganya telah terlibat dalam satu nahas kebakaran.
Dan disebabkan itu, muka, tangan dan belakang badannya telah melecur dengan teruk atau kesan terbakar tahap 3.
Insiden tersebut merupakan satu mimpi ngeri buat Sadeel. Gelembung air dan kesan kemerahan dapat dilihat jelas pada muka dan tangannya.
Sejak dari itu, Sadeel tidak lagi keluar rumah kerana malu dan bimbang akan ditertawakan oleh kanak-kanak lain.
Sadeel tidak minta untuk diuji sebegini. Sadeel perlu menjalani beberapa sesi rawatan bagi menghilangkan luka kebakaran pada kulitnya.
Jika tidak dirawat segera, luka tersebut menjadi bertambah serius. Bukan itu sahaja, rawatan tersebut perlu supaya dapat bantu kembalikan keyakinan dalam dirinya.
Tapi, kos rawatan buat Sadeel bukan sesuatu yang murah dan disebabkan itu, keluarga Sadeel hanya mampu berdoa sahaja buatnya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”
Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM3,900.
Jom semua, hadiahkan kebahagiaan buat adik Sadeel dengan menampung kos rawatannya..
Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Sadeel
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di kes@peduliinsan.org