
2 bulan sejak dilahirkan, adik Shahd Alabood, 2 tahun telah menderita akibat pelbagai penyakit.
Adik Shahd terpaksa ditahan di dalam inkubator kerana mengalami keradangan pada selaput otak dan juga hidrosefalus.
Malang sungguh nasib anak kecil ini, diuji seawal matanya masih belum boleh celik lagi.
Jika tiada sebarang tindakan yang dilakukan, keadaan kesihatan Shahd dikhuatiri akan jadi semakin teruk.
Dan mungkin juga nyawanya akan terancam. Belum sempat untuk adik Shahd kenal dunia, sudah seakan-akan bakal dijemput ilahi semula.
Malangnya, ayah Shahd tidak berkemampuan untuk menanggung kos rawatan untuk membuang lebihan cecair di dalam otak.
Walaupun begitu, masih ada lagi harapan untuknya sembuh. Dengan usaha dan sokongan kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”
Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM9,200
Jom semua, kita selamatkan adik Shahd sebelum terlambat. Dia juga berhak untuk membesar dengan gembira dan sihat.
Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Shahd Alabood
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di kes@peduliinsan.org