
Sedih bila tengok keadaan Sidra, kanak-kanak Syria umur 10 tahun ini. Dia telah diuji dengan kecacatan pada tulang belakangnya.
Ada benjolan besar tumbuh pada bahagian belakangnya. Doktor mengesahkan yang dia menghidap meningocele.
Ketumbuhan tersebut menyebabkan Sidra tidak dapat menjadi aktif seperti kanak-kanak lain seusianya.
Meningocele adalah kondisi yang serius dan perlu dirawat segera. Jika tidak, ia boleh menimbulkan komplikasi pada saraf dan komplikasi-komplikasi lain
Hanya satu cara yang boleh dilakukan untuk merawat Sidra, iaitu dengan pembedahan membuang ketumbuhannya.
Tapi, apakan daya, kos pembedahan terlalu mahal. Keluarga Sidra sendiri bergelut untuk hidup setiap hari.
Mereka hanya ada doa sahaja. Doa supaya ada insan-insan baik hati diluar sana yang sanggup membantu mereka.
Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM19,100.
Jom semua, kita ringankan beban Adik Sidra supaya dia dapat sembuh dan ceria membesar seperti kanak-kanak lain.
Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Sidra
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di kes@peduliinsan.org