
Besar sungguh dugaan Yusuf, anak Syria berumur 7 tahun ini apabila dia diuji dengan keretakan pada tengkorak akibat daripada suatu kemalangan jalan raya.
Kemalangan tersebut menyebabkan pembentukan lubang di kepalanya. Dan kini, Yusuf hanya mampu terlantar di hospital dan menahan sakit sahaja.
Mungkin bagi kita ini bukan nilai yang besar tapi bagi penduduk Syria seperti keluarga Yusuf yang sering berhadapan krisis kemiskinan, mereka sama sekali tidak mampu.
Mereka cuma mampu berdoa Allah sembuhkan anak mereka semula. Jadi, Peduli Insan ingin meringankan beban mereka dengan menampung kos pembedahannya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”
Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM5,400.
Jom semua, kita hulurkan ihsan dan bantu Yusuf untuk kembali sembuh. Perjalanan hidupnya masih lagi panjang.
Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Yusuf
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di kes@peduliinsan.org